http://ppdkualalangat.gov.my


Google

KARNIVAL SAINS MATEMATIK DAN TEKNOLOGI PDF Print E-mail
Written by Mohamad Yusri Dahrumi   
Thursday, 17 July 2008

Karnival Sains/Matematik dan Teknologi peringkat Negeri Selangor telah dijalankan pd 15 Julai 2008 di SMK Methodist Telok Datok.  MAjlis penutupan telah dirasmikan oleh Pn Hjh Hanim bt Ibrahim, KSPA mewakili YBhg. Pn Ashah bt Samah, Pengarah JPN Selangor. Daerah Sabak Bernam memenangi pertandingan Pelancaran roket air dan Solar cooking With Nature. Pertandingan Solar Car Race pula dimenangi oleh Peserta dari Daerah Petaling Perdana. Manakala pertandingan G-Maths Kategori Sekolah Rendah dimenangi peserta dari Daerah Kuala Selangor dan untuk kategori Sekolah Menengah dimenangi peserta dari Daerah Sepang. Tahniah kepada para pemenang.


Last Updated ( Thursday, 17 July 2008 )
 
BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN PDF Print E-mail
Written by Mohamad Yusri Dahrumi   
Thursday, 17 July 2008


Seramai 68 orang guru yang telah mengemukakan proposal kajian tindakan telah dijemput untuk menghadiri bengkel pelaksanaan kajian tindakan yang diadakan pada 15 Jul 2008 yang lalu di Bilik Mesyuarat Seri Jugra, PPD Kuala Langat. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang kaedah penulisan laporan kajian tindakan oleh Pn Noorhanna bt Shamsudin, Jurulatih Utama Kajian Tindakan Daerah yang juga guru dari SMK Jugra.
Last Updated ( Thursday, 17 July 2008 )
 
PEMBENTANGAN POSTMORTEM DAN HEADCOUNT PPT2008 PDF Print E-mail
Written by Mohamad Yusri Dahrumi   
Friday, 04 July 2008

Pembentangan Postmortem & Headcount PPT2008 untuk SK dan SJK telah dilaksanakan pada 1-4 Julai 2008. Pembentangan dilakukan oleh guru besar bersama Penolong Kanan dan juga Setiausaha Headcount. Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Selangor, Pn Hjh Hanim bt Ibrahim turut sama hadir dalam sesi pembentangan ini. Pegawai JPN lain yang turut hadir ialah Tn Hj Abd Latiff bin A Aziz (Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu) dan En Raman (Penolong Pengarah Bahasa Tamil).
Last Updated ( Thursday, 10 July 2008 )
 
MESYUARAT JK KURIKULUM (MENENGAH) KALI KE 2/2008 PDF Print E-mail
Written by Mohamad Yusri Dahrumi   
Friday, 27 June 2008

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Tn Hj Abdul Talib bin Hamid mempengerusikan Meyuarat Kurikulum Menengah pada 25  Jun 2008 di SMK Telok Datok. Mesyuarat yang dihadiri oleh semua pengetua Sekolah Menegah Daerah Kuala Langat ini antara lainnya membincangkan tentang postmortem dan laporan headcount Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 dan juga program-program peningkatan prestasi bagi menyokong program akademik daerah.
Last Updated ( Friday, 27 June 2008 )
Read more...
 
MESYUARAT KURIKULUM RENDAH DAERAH KUALA LANGAT KALI KE 3/2008 PDF Print E-mail
Written by Mohamad Yusri Dahrumi   
Thursday, 24 April 2008
 
Mesyuarat pengurusan Akademik (Rendah) 3/2008 telah dijalankan pada 24 Jun 2008 di SK Kanchong Tengah mulai jam 8.30 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Mohamad Yusri bin Dahrumi, Penolong PPD Pengurusan Akademik yang mewakili Tuan PPD Kuala Langat. Pegawai lain yang turut hadir ialah En Agos Salim bin Saharom (KU Sains & Matematik), En Mohd Zaki Mat Salimi (KU Sains Sosial), En Mohd Nazri bin Othman (Penyelia Unit Peperiksaan dan Penilaian dan En Ab Khalim MArlan (Pegawai j-Qaf). Semua guru besar sekolah rendah kuala langat hadir ke mesyuarat ini.
Last Updated ( Friday, 27 June 2008 )
Read more...
 
MESYUARAT JK INDUK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT 2008 PDF Print E-mail
Written by Mohamad Yusri Dahrumi   
Tuesday, 22 April 2008


Mesyuarat JK Induk Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat telah dijalankan pada 22 Apr 2007 di bilik mesyuarat Seri Jugra PPD Kuala Langat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Basri bin Abdullah, PPPD Pengurusan Sekolah. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 21 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai PPD, wakil PKPSM dan MGB daerah Kuala Langat. Mesyuarat menetapkan  sambutan Hari Guru Peringkat daerah akan dijalankan pada 21 Jun 2008, jam 9.00 pagi di Dewan Seri Jugra, Telok Datok.
Last Updated ( Friday, 27 June 2008 )
Read more...
 
SELAMAT DATANG KE PPD KUALA LANGAT PDF Print E-mail
Written by Mohamad Yusri Dahrumi   
Thursday, 03 April 2008


Tn Hj Abd Talib bin Hamid pernah bertugas sebagai guru di Kolej Islam Kelang (Sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang), kemudian beliau diberi kepercayaan memikul tugas sebagai Ketua Unit Bahasa di Jabatan Pelajaran Selangor. Tidak sampai 5 bulan bertugas sebagai Pengetua SMK Banting, beliau telah diberi amanah yang lebih besar sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat mulai 15 Mac 2008. Tahniah diucapkan. Warga Pendidikan Daerah Kuala Langat mengalu-alukan kehadiran Tuan PPD untuk memimpin daerah kita ke arah kecemerlangan. Muafakat - Tangkas - Cemerlang
Last Updated ( Thursday, 03 April 2008 )
 

Ruang Daftar






Lost Password?
No account yet? Register

Jemput Rakan

 10 left
Check Invites
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM2008
Tarikh        :   4 - 26 Sept 2008
Catatan     :   Peperiksaan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Markah pelajar hendaklah sampai ke PPD tidak lewat 20 Okt 2008.
(PENGURUSAN AKADEMIK)
 
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008
Tarikh        :   11 - 15 Ogos 2008
 Catatan     :   Peperiksaan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Markah pelajar hendaklah sampai ke PPD tidak lewat 2 Sept 2008.
(PENGURUSAN AKADEMIK)
 
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2008
Tarikh        :   29 - 31 Jul 2008
 Catatan     :   Peperiksaan mesti dijalankan mengikut jadual yang disediakan. Markah pelajar hendaklah sampai ke PPD Kuala Langat selewat-lewatnya 8 Ogos 2008.
(PENGURUSAN AKADEMIK)
 
BENGKEL PEMBUGARAN SILIBUS PRINSIP PERAKAUNAN TING 4
Tarikh        :   24 Jul 2008
Masa         :   8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat     :   PKG Kanchong Darat
Catatan     :   Semua ketua Panitia Prinsip Perakaunan dijemput hadir.
(PENGURUSAN AKADEMIK)
 
BENGKEL GALAKAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM P-P
Tarikh        :   22 Jul 2008
Masa         :   8.00 pg - 4.30 ptg
Tempat     :   PKG Sijangkang
Catatan     :   Semua Guru Media dijemput hadir.
(PSPN)
 
MESYUARAT PANITIA BM (M) DAERAH KALI KE 3/2008
Tarikh      :  22 Jul 2008
Masa       :   2.30 ptg
Tempat   :   SMK Banting
Catatan  :   Semua Ketua Panitia BM dijempt hadir.
(PENGURUSAN AKADENIK)
 
MESYUARAT PENYELARASAN KURIKULUM PROGRAM KAA DAN KRK
Tarikh        :   21 Jul 2008
Masa         :   2.30 ptg
Tempat     :   Bilik Mesy Seri Morib, PPD Kuala Langat
Catatan     :   PK dan penyelaras KAA/KRK sekolah pelaksana dijemput hadir.
(PENGURUSAN AKADEMIK)
 
MESYUARAT PENYELARASAN PPD, PKPSM DAN MGB
Tarikh        :   18 Jul 2008
Masa         :   2.45 ptg
Tempat     :   Bilik Mesy Seri Morib, PPD Kuala Langat
(PENGURUSAN SEKOLAH)
 

Anda Pelawat ke:

Visitors

Jam

3 Ahli Baru

anody(anody)
(2008-07-24 01:07:10)
Junonab(Junonab)
(2008-07-22 23:07:15)
mohd jazali bin kasim(mohd_jazali23)
(2008-07-22 01:56:35)

Sedang Online

Syndicate

Education Topsites List
This website is worth
What is your website worth?