Makluman Terkini

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Anjuran bersama PPD Kuala Langat(Sub Unit Kesihatan) dan Perangsang Elit Sdn. Bhd
Tarikh : 6 Februari 2010
Tempat : SK Kanchong Tengah
Masa : 8.30 pagi

Sasaran : Pengusaha / Pengendali kantin sekolah dan asrama.

KUTIPAN DATA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM) JAN 2010

Tarikh : 11 Februari 2010
Tempat : SK Kanchong Tengah
Masa :
8.30 pagi

Perhatian kepada guru data SMM sekolah
Sila bawa laptop,wayar penyambung dan data yang lengkap pada hari tersebut.

TAKLIMAT PENDAFTARAN PTK SESI 2010

Tarikh : 11 Feb 2010

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Jugra, PPDKL.

Catatan : Semua Guru Data/Pegawai Pendaftar sekolah/institusi dijemput hadir.

(UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN)

PPDKL KINI DI FACEBOOK

Search Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk maklumat lanjut. Komen, idea serta cadangan anda amat kami hargai.

MAKLUMAN TERKINI UPSR DAN PMR

Pra-Pendaftaran UPSR dan PMR 2010 menggunakan Sistem Pendaftaran Online dibatalkan. Pendaftaran UPSR dan PMR 2010 akan dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Pendaftaran (offline) seperti tahun-tahun sebelum ini.
Harap Maklum

BORANG GSTT

Borang Guru Sandaran Tidak Terlatih. Sila Klik Borang GSTT.

UPGRADE VERSION

Adalah dimaklumkan, Admin Portal akan
melakukan Upgrade version Joomla daripada
1.0.x kepada 1.5.x, Pihak admin akan menutup
website sekolah yang terlibat secara
berperingkat. Webmaster diminta
menghubungi En. Madzani (0196142580)
untuk sebarang pertanyaan.

Dinamods


< Happy New Year 2010 >
left until the event

Berita PPDKL

TAKLIMAT PENDAFTARAN UPSR DAN PMR 2010

article thumbnail

Pada 2, 3 dan 4 Februari 2010 telah diadakan Taklimat Pendaftaran UPSR dan PMR Tahun 2010. Taklimat ini telah di pecahkan kepada 3 hari iaitu SK, SJKC/SJKT dan SM. Antara isi kandungan taklimat iala [ ... ]


PROGRAM TAHBIBUL LUGHATULl ARABIAH

article thumbnail

Pada 2 Februari 2010 yang lalu, seramai 666 orang pelajar SAMTTAR Sungai Manggis telah menyertai program ini yang bertujuan untuk mencintai Bahasa Arab. Objektif program ini adalah untuk meningkatka [ ... ]


Other Articles
Pengurusan Organisasi PDF Print E-mail
(3 - user rating)
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Madzani   
Wednesday, 07 June 2006 05:20

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT 

 

UNIT ICT & DATA



EN MOHAMED BIN HASHIM
 
Ketua Unit ICT
/ Data 



EN SAZALI BIN SHAARANI
Penyelia Unit ICT / Data

DASAR KUALITI UNIT ICT & DATA


PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT BERTEKAD UNTUK MEMASTIKAN SISTEM PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DILAKSANAKAN SECARA PROFESIONAL, EFISIEN DAN BERKUALITI BAGI MEMENUHI KEHENDAK DAN KEPUASAN HATI PELANGGAN. PROSES INI MELIBATKAN KERJA SEPASUKAN, KAJIAN SEMULA PENGURUSAN DAN PROSES PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKSANAKAN SECARA MENYELURUH DAN BERTERUSAN.

 

KEPERLUAN PERNYATAAN DASAR KUALITI


Kenyataan Dasar Kualiti dibuat bagi memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk memastikan sistem kualiti yang menyeluruh dan berterusan dapat diterapkan di dalam tugas mereka. Kenyataan ini juga merupakan garis panduan pelaksanaan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti bagi menjelaskan kepada semua pegawai dan kakitangan supaya dapat difahami dan dihayati serta memberi komitmen sepenuhnya terhadap pelaksanaannya. 

OBJEKTIF UNIT


  1. Menyediakan Data EmisMap bagi sekolah-sekolah Daerah Kuala Langat yang kemaskini,betul dan tepat pada setiap akhir bulan.
  2. Melaksanakan sistem pengurusan on-line yang efisyen dalam masa kurang daripada sebulan.
  3. Menyediakan sistem pengurusan LPNT kepada semua guru dalam masa 3-4 bulan selepas penghantaran.
  4. Menjalankan latihan ICT mengikut keperluan semasa setiap 3-4 bulan.
  5. Menghasilkan analisis maklumat asas pendidikan dan stastistik mengikut keperluan dan permintaan


SENARAI TUGAS


Bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:

  1. Memantau proses pengemaskinian data melalui sistem pengurusan maklumat yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan PPD
  2. Memastikan projek pengkomputeran dan pelaksanaan sistem rangkaian bagi pengurusan maklumat ‘online’ yang digunapakai oleh Kementerian, Jabatan dan PPD sentiasa berjalan lancar
  3. Mengurus penyenggaraan peralatan komputer di PPD, komputer pentadbiran sekolah dan makmal komputer
  4. Mengurus sistem dan pelaporan analisis Penilaian Prestasi Tahunan dan Anggaran Belanja Mengurus
  5. Menyelaras pelaksanaan program perkembangan staf berkaitan latihan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran
  6. Mengurus analisis maklumat asas pendidikan dan semua input maklumat lain yang diperolehi serta mengemukakan statistik secara berkala
  7. Melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa.

1

Memantau proses pengemaskinian data melalui sistem pengurusan maklumat yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan PPD

 

i)

Bertanggungjawab menyelaras, memberi penerangan dan memantau pelaksanaan SMPP/EMIS di sekolah.

 

 

a.

Memastikan semua sekolah menggunakan aplikasi yang berkaitan

 

 

b.

Memastikan peraturan dan definisi variabel EMIS berdasarkan Buku Panduan EMIS yang dikeluarkan oleh BPPDP dipatuhi.

 

 

 

 

 

ii)

Bertanggungjawab memastikan pengumpulan data sekolah, verifikasi dan audit data dibuat mengikut jadual yang ditetapkan

 

 

a.

Memastikan jadual penghantaran data EMIS dipatuhi dan membuat tindakan susulan terhadap sekolah yang gagal mematuhinya.

 

 

b.

Penghantaran data ke PPD oleh pihak sekolah dibuat setiap tiga bulan sekali

 

 

c.

Memastikan setiap variabel dikemaskini, tepat, sah dan boleh dipercayai

 

 

 

 

 

iii)

Memastikan proses analisis dibuat dan laporan statistik pendidikan berkaitan sekolah, guru dan murid dikeluarkan di peringkat PPD
Menjana data dan mencetak Statistik Pelajaran Daerah dan diedarkan untuk keperluan PPD

 

 

 

 

 

iv)

Bertanggungjawab memastikan aspek penyimpanan, keselamatan dan kerahsian maklumat asas pendidikan adalah terjamin

 

 

a.

Data disimpan melalui penstoran komputer, zip tape atau CD di dalam tempat yang berkunci dan selamat

 

 

b

Semua komputer yang menyimpan maklumat dilindungi dengan kata laluan.

 

 

 

 

 

v)

 

Bertindak sebagai pengantara bagi keperluan aliran maklumat dari Kementerian Pelajaran, JPN ke PPD dan sekolah sama ada melalui borang, disket dan elektronik

 

 

a)

Mengadakan taklimat kepada sekolah..

 

 

b)

Memastikan keperluan Kementerian Pelajaran dan JPN dipatuhi.

 

 

 

 

2.

Memastikan projek pengkomputeran dan pelaksanaan sistem rangkaian bagi pengurusan maklumat ‘online’ yang digunapakai oleh Kementerian, Jabatan dan PPD sentiasa berjalan lancar

 

i)

Bertanggungjawab memastikan kemudahan infrastruktur rangkaian di PPD bagi urusan pelaksanaan sistem online sentiasa berfungsi

 

ii)

Menyelaras proses operasi pengemaskinian Sistem Maklumat Staf di peringkat PPD berjalan sepanjang masa selepas Buku Rekod Perkhidmatan direkod oleh Unit Perkhidmatan

 

iii)

Memantau status pengemaskinian data PPD dan sekolah secara online melalui aplikasi web-based (Portal Maklumat JPN,KPM.NET dan Laman Web PPD) sentiasa terkini dan menyediakan perkhidmatan ‘helpdesk’ bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul seperti hardware maupun software

 

 

 

3.

Mengurus penyenggaraan peralatan komputer di PPD, komputer pentadbiran sekolah dan makmal komputer

 

i)

Bertanggungjawab terhadap keselamatan semua perkakasan dan perisian ICT di PPD

 

ii)

Bertanggungjawab terhadap keselamatan semua perkakasan dan perisian ICT di PPD

 

iii)

Bertanggungjawab mendaftar Daftar Harta Modal dan Inventori Peralatan ICT di PPD

 

iv)

Bertanggungjawab terhadap urusan penyelenggaraan peralatan komputer pentadbiran di sekolah dan di makmal komputer

 

 

a)

Menerima dan merekod aduan kerosakan peralatan komputer dari pegawai PPD dan pentadbir Sekolah.

 

 

b)

Menilai tahap kerosakan yang dilaporkan samada boleh dibaiki atau tidak.

 

 

c)

Jika tidak, dapatkan sebutharga pembekal untuk kos baikpulih atau senggaraan

 

 

d.)

Menghantar permohonan Pengeluaran Pesanan Kerajaan ke Unit Maklumat, Jabatan Pelajaran Selangor

 

 

 

4.

Mengurus sistem dan pelaporan analisis Penilaian Prestasi Tahunan dan Anggaran Belanja Mengurus

 

i)

Bertanggungjawab membuat penerangan dan penyelarasan tindakan serta membuat pemantauan terhadap pengurusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan

 

 

a)

Menyediakan aplikasi Prestasi, jika perlu dan mengedarkan ke sekolah.

 

 

b)

Menggabungkan data prestasi dari sekolah.

 

 

c)

Mencetak senarai semak prestasi.

 

 

d)

Membantu urusetia Pembangunan Sumber Manusia.

 

 

e)

Mencetak surat pergerakan gaji.

 

 

f)

Mengeluarkan salinan markah atau laporan prestasi atas permintaanyang diluluskan

 

 

 

5.

Menyelaras pelaksanaan program perkembangan staf berkaitan latihan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran

 

Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pelaksanaan kursus, seminar, bengkel dan latihan dalam perkhidmatan berkaitan dengan ICT dalam Pengurusan Data dan Pentadbiran

 

 

6.

Mengurus analisis maklumat asas pendidikan dan semua input maklumat lain yang diperolehi serta mengemukakan statistik secara berkala

 

 

7.

Melaksanakan segala tugas yang diarah oleh Pegawai Pelajaran dan Penyelia ICT dan Data Daerah dari masa ke semasa


Peraturan-Peraturan Pentadbiran


 

1. Bertanggungjawab membuat penerangan dan menyelaras serta membuat pemantauan terhadap penggunaan Aplikasi SMPP/ EMIS di sekolah-sekolah.

  •  Memastikan sekolah menggunakan Aplikasi MS-ACCESS Versi 2000.       Memastikan sekolah menggunakan Aplikasi EMIS Versi 2.50 Release 3.0.
  •  Memastikan Peraturan dan Tafsiran Medan mengikuti Buku Panduan EMIS yang dikeluarkan oleh Unit Data, BPPDP.

2. Bertanggungjawab terhadap pengumpulan data mengikut tarikh yang telah ditetapkan

  •  Memastikan jadual penghantaran data EMIS dipatuhi.
  •  Penghantaran data sekolah ke PPD pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan berikutnya
  •  Memaklumkan kepada pihak sekolah kerana gagal mematuhi arahan tarikh penghantaran
  •  Mengeluarkan surat amaran atau tunjuk sebab jika terdapat kes-kes engkar arahan

3. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti verifikasi dan pengauditan data yang dihantar oleh pihak sekolah di peringkat daerah.

  •  Tiga bulan sekali semakan dibuat secara terus apabila data dihantar ke PPD oleh Kakitangan Sumber (KS) EMIS, dan jika ada kesilapan dan kesalahan ianya terus dimaklumkan kepada guru data sekolah untuk pembetulan, bulan-bulan lain semakan dibuat sendiri oleh Penyelia Maklumat dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh penghantaran.
  •  Memastikan tiada variabel yang tidak diisi.
  •  Memastikan maklumat yang dimasukkan oleh pihak sekolah betul dan tepat

4. Bertanggungjawab terhadap pengumpulan data mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

 

  • Memastikan jadual penghantaran data EMIS dipatuhi.
  •  Penghantaran data sekolah ke PPD pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan berikutnya.
  •  Memaklumkan kepada pihak sekolah kerana gagal mematuhi arahan tarikh penghantaran.
  • Mengeluarkan surat amaran atau tunjuk sebab jika terdapat kes-kes engkar arahan

5. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti verifikasi dan pengauditan data yang dihantar oleh pihak sekolah di peringkat daerah

  • Tiga bulan sekali semakan dibuat secara terus apabila data dihantar ke PPD oleh Kakitangan Sumber (KS) EMIS, dan jika ada kesilapan dan kesalahan ianya terus dimaklumkan kepada guru data sekolah untuk pembetulan, bulan-bulan lain semakan dibuat sendiri oleh Penyelia Maklumat dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh penghantaran
  •  Memastikan tiada variabel yang tidak diisi.
  •  Memastikan maklumat yang dimasukkan oleh pihak sekolah betul dan tepat
  • Menjana, memproses dan menganalisa serta mengeluarkan laporan Statistik berkaitan sekolah, guru dan murid diperingkat Pejabat Pelajaran Daerah.
  •  Menjana data dan mencetak Statistik untuk diedarkan kepada Unit-unit di Pejabat Pelajaran Daerah.
     

6. Bertanggungjawab dalam aktiviti pengurusan maklumat di Pejabat Pelajaran Daerah dari segi penyimpanan, keselamatan dan kerahsian data terjamin.

  • Pengumpulan data yang telah siap di simpan 3 cara iaitu di dalam komputer, Zip   
  • Tape dan CD dan disimpan di tempat yang selamat.
  • Komputer yang menyimpan maklumat dilindungi dengan kata laluan.

 

7. Menyelaras keperluan maklumat di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah.

  • Membina Aplikasi dan Perisian yang boleh meningkatkan keupayaan dan kecekapan di Pejabat Pelajaran Daerah dengan pengautomasian pejabat yang sesuai jika perlu.


8. Menyelaras dan sebagai pengantara rangkaian dan aliran maklumat dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri ke Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah (secara borang, disket dan elektronik).

  • Mengadakan taklimat kepada guru data dan KS Data di sekolah.
  • Memastikan kehendak Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri dipatuhi.

 

9. Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras kursus dan latihan yang berkaitan dengan pengurusan maklumat pelajaran kepada staf di Pejabat Pelajaran Daerah dan guru data serta staf sokongan sekolah.

  • Memilih tajuk dan bidang kursus yang sesuai.
  • Memohon peruntukan dan permohonan secara pakej.
  • Memilih staf Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Data Sekolah atau Staf Sokongan Sekolah untuk diberi latihan atau kursus yang berkaitan mengikut keperluan.
  • Menjadi Pengurus/Penyelaras Kursus.

 

10. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah berkaitan penyenggaraan peralatan, perisian dan jaringan komputer di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

  • Mengenal pasti komputer sekolah yang perlu diselenggara berdasarkan Borang Penyelenggaraan Komputer sekolah yang dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Membuat pemantauan ke atas komputer pentadbiran sekolah yang dilaporkan bagi memastikan kerosakan samada di sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Cuba membaikpulih komputer dan perkakasan berkaitan yang rosak di Pejabat Pelajaran Daerah.(hardware dan software)
  • Memohon peruntukan untuk menyelenggara komputer dari semasa ke semasa mengikut peruntukan yang ada

 

 

11. Bertanggungjawab mewujudkan dan menyelenggara Daftar Harta Modal dan Stok Inventori perkakasan dan kemudahan komputer bagi Pejabat Pelajaran Daerah.

  • Menyemak semula Harta Modal dan lokasinya dan memastikan peralatan dalam keadaan baik.
  • Mengemaskini dan menyelenggara Daftar Harta Modal dan Stok Inventori jika ada perubahan lokasi, peralatan baru masuk atau hapuskira.

 

12. Bertanggungjawab membuat penyeliaan dan pemantauan ke atas guru-guru dan sekolah-sekolah anak angkat yang telah ditetapkan.

  • Membuat penyeliaan dan pemantauan sekolah yang telah ditetapkan serta mengisi borang pemantauan.
  • Memberi cadangan dan nasihat kepada guru-guru dan pihak pentadbir sekolah untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran dan persekitaran sekolah agar mematuhi peraturan dan piawai yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan laporan dan menyerahkan kepada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Sekolah) untuk tindakan selanjutnya.

 
13. Bertanggungjawab merancang, membuat permohonan Pakej, menganjur dan memberi ceramah Kursus Peningkatan Profesionalisme Pentadbir, Guru-guru dan Staf Sokongan sekolah .

  • Merancang kursus berdasarkan kuasa yang diberikan.
  • Memohon peruntukan kewangan dan permohonan secara pakej.
  • Mengenalpasti peserta kursus berdasarkan jenis dan tahap kursus mengikut keperluan semasa.
  • Mengeluarkan surat kepada peserta jika permohonan diluluskan.

 

14. Bertanggungjawab memberi khidmat teknikal dan nasihat
keselamatan peralatan dan perkakasan Makmal Komputer.

  • Memberikan khidmat teknikal
  • Memastikan peserta mematuhi peraturan keselamatan makmal.


15. Bertanggungjawab membantu memberi penerangan, ceramah dan tunjuk ajar kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah serta membuat pemantauan ke atas penggunaan aplikasi-aplikasi lain yang berkaitan dengan Sektor Pengurusan Sekolah yang diedarkan ke sekolah-sekolah oleh PPD, JPN atau KPM.

  • Mengenal pasti aplikasi yang perlu diberi perhatian.
  • Mengadakan ceramah berkala sepanjang tahun.
  • Membuat pemantauan ke sekolah secara rawak.

 

16. Bertanggungjawab mengumpul dan memproses disket dan borang LNPT guru dan bukan guru serta mencetak senarai semak, laporan analisa prestasi dan keputusan Surat Pergerakan Gaji.

  • Berdasarkan surat pekeliling, sekolah menghantar disket, cetakan dan borang LPNT ke PPD.
  • Memaklumkan kepada sekolah, yang gagal mematuhi tarikh akhir penghantaran.
  • Membuat analisa dan mencetak senarai semak untuk mesyuarat panel.
  • Berdasarkan keputusan mesyuarat, keluarkan surat pergerakan gaji.


17. Memantau pengurusan Sistem Maklumat Staf di Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

  • Memastikan maklumat SMS dikemaskini setiap masa oleh PT Perkhidmatan
  • Menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri secara online dengan KPM.Net

 

18. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh PPD dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah) dari masa ke semasa.


 

SENARAI UNDANG - UNDANG PEKELILING

 

  1. Warta Kerajaan – Akta Pendidikan 1996.
  2. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Lantikan Pegawai Maklumat Negeri, Daerah dan Sekolah
  3. Manual Pengguna Aplikasi EMIS/SMPP Versi 3.2
  4. Penerangan dan Difinisi Veriable Aplikasi EMIS/SMP
  5. Disket Program EMIS/SMPP Versi 3.2 bagi Access 2000 dan WinXP.
  6. Surat Pekeliling Ikhtisas 1/96 (Pelaksanaan Penilaian Prestasi Tahunan Anggota Perkhidmatan Awam).
  7. Senarai Susunan Pegawai Penilai Pertama dan Penilai Kedua bagi Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan,Mengikut Struktur Organisasi KementerianPendidikan Malaysia
  8. Panduan Manual Aplikasi PRESTASI.
  9. Disket program Prestasi Versi Sekolah dan PPD
  10. Disket semak aplikasi data emisapp Versi 2005



SENARAI BORANG - BORANG

 

  1. Borang Penyata Bulanan
  2. Borang Semak Maklumat Asas Pendidikan (SEMAKMAP).
  3. Borang Maklumat Peribadi Sistem Maklumat Staf (SMS).
  4. Borang Penyelenggaraan Komputer Sekolah
  5. Borang Daftar Harta Modal
  6. Borang Hapuskira (Kew300V).
  7. Borang Maklumat Guru Data/Pembantu Guru Data (Lampiran UD3/2002).
  8. Borang Pertandingan Laman Web.
  9. Borang LPNT 2/96, 3/96, 4/96 dan 5/96.
  10. Borang Sumpah Simpan Rahsia Akta Rahsia Rasmi.
  11. Borang Sejarah Markah Prestasi Pentadbir sekolah.
  12. Borang Pengeluaran Markah/Borang Prestasi

 


Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."

Last Updated on Tuesday, 07 October 2008 17:22