Makluman Terkini

MAKLUMAN TERKINI Pengesahan e-G TUKAR

Kepada semua Guru Besar sekolah rendah daerah Kuala Langat, sila buat pengesahan e-G Tukar. 
Harap maklum.

-Unit Sekolah Rendah

SISTEM LANTIKAN PETUGAS (SLAP) 2010

Semua guru data dikehendaki mengisi data SLAP menggunakan perisian 2008 yang dibekalkan dan menghantar borang-borang yang lengkap beserta disket ke Unit Penilaian dan Peperiksaan sebelum atau pada 17 Mac 2010.

(UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN)

PPDKL KINI DI FACEBOOK

Search Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk maklumat lanjut. Komen, idea serta cadangan anda amat kami hargai.

UPGRADE VERSION

Adalah dimaklumkan, Admin Portal akan
melakukan Upgrade version Joomla daripada
1.0.x kepada 1.5.x, Pihak admin akan menutup
website sekolah yang terlibat secara
berperingkat. Webmaster diminta
menghubungi En. Madzani (0196142580)
untuk sebarang pertanyaan.

Pengurusan Sekolah PDF Print E-mail
Written by Madzani   
Wednesday, 07 June 2006 07:49

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT

UNIT SEKOLAH RENDAH

EN SARJANI BIN SHARIF
Penyelia Unit Sekolah Rendah
Telefon : 03-3181 8792  Fax: 03-3187 7787

Kemasukan Murid
Bil
Program
Prosedur

1.

Proses Permohonan Penempatan, Pengesahan, Penempatan, dan Pendaftaran Murid tahun satu (1)

  • Hebahan Permohonan Penempatan (Jabatan Pendidikan Negeri)
  • Hebahan Permohonan Penempatan (Sekolah)
  • Permohonan Penempatan di sekolah
  • Rumusan Permohonan Penempatan dihantar ke JPN/PPD
  • Keputusan Penempatan dihantar ke sekolah
  • Hebahan Pengesahan Penempatan (JPN)
  • Hebahan Pengesahan Penempatan (Sekolah)
  • Pengedaran Surat Kelulusan Penempatan kepada ibu bapa
  • Pengesahan Penempatan
  • Rayuan Penempatan Semula
  • Keputusan Rayuan Penempatan Semula
  • Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan Januari (Tahun berikutnya)

2

Kemasukan Murid Sekolah Swasta/Sekolah Agama Negeri/Balik dari Luar Negara ke Sekolah Rendah Kerajaan

  • Permohonan masuk murid sekolah swasta/sekolah agama negeri/balik dari luar negara ke sekolah rendah kerajaan/ sekolah rendah bantuan kerajaan hendaklah menggunakan borang khas dan ianya boleh didapati dari Jabatan Pendidikan Negeri di mana murid hendak bersekolah.
  • Dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan betul seperti salinan asal hendaklah disertakan bersama borang Permohonan.

3

Penerimaan Masuk Murid Warganegara Ke Sekolah Rendah Kerajaan

  • Guru Besar hendaklah menerima masuk murid yang adalah warganegara ke sekolah untuk menerima pendidikan.
  • Ibu bapa hendaklah mengemukakan perkara-perkara berikut semasa pendaftaran penerimaan masuk ke sekolah:
    a) Surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah
    b) Surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah, jika murid itu belum memiliki kad pengenalan

4

Kemasukan Murid Swasta/Agama Negeri/Balik Luar Negara/Maktab Rendah Sains Mara/Maktab Tentera Diraja Ke Sekolah Menengah Kerajaan

  • Permohonan masuk murid swasta/agama negeri/balik luar negara/Maktab Rendah Sains Mara/Maktab Tentera Di Raja ke sekolah menengah kerajaan/ sekolah menengah bantuan kerajaan
  • Hendaklah menggunakan borang khas dan ianya boleh didapati dari Jabatan Pendidikan Negeri di mana murid hendak bersekolah.
  • Dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan betul seperti salinan asal hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

5

Penerimaan Masuk Murid Warganegara Ke Sekolah Menengah Kerajaan

  • Pengetua hendaklah menerima masuk murid yang adalah warganegara ke sekolah untuk menerima pendidikan.

 

Pendaftaran Murid
Bil
Program
Prosedur
 Penerimaan Masuk Murid Warganegara ke Sekolah
  • Jabatan Pendidikan Negeri akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua sekolah rendah mengarahkan supaya Guru Besar memberi tahu ibu bapa / penjaga bahawa pendaftaran kanak-kanak yang lahir pada tahun tertentu seperti :1994, 1995, 1996, 1997 untuk masuk sekolah Tahun 1 pada 2001, 2002, 2003, 2004 dibuka pada 1 April hingga hingga 30 April 2000.
  • Tarikh pendaftaran adalah tertakluk kepada kesesuaian Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Pemakluman ini akan dibuat melalui surat pekeliling yang diedarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga atau notis-notis/poster/kain rentang di tempat-tempat yang strategik
  • Ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan borang pendaftaran masuk sekolah daripada sekolah-sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal. Perkara-perkara berikut hendaklah dikemukakan semasa membuat pendaftaran penerimaan masuk murid ke sekolah:
  • Ibu bapa hendaklah mengemukakan perkara-perkara berikut semasa pendaftaran penerimaan masuk ke sekolah
    :a) Surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah
    b) Surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah, jika murid itu belum memiliki kad pengenalan
  • Bagi ibu bapa / penjaga murid ( terutama di Wilayah Persekutuan ) juga diminta membawa bukti alamat tempat tinggal seperti bil eletrik/telefon/air. Borang-borang boleh diperolehi di sekolah-sekolah berhampiran atau Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Rayuan Semula Pendaftaran
    Semua ibubapa/penjaga yang mendaftarkan anak-anak mereka akan diminta membuat pengesahan pendaftaran. Surat pekeliling kepada ibubapa/penjaga akan diedarkan oleh Guru Besar. Borang rayuan peruntukan semula sekolah boleh didapatkan di Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah ia didaftarkan
 Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara ke Sekolah
  • Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke sekolah:
    a) Anak kakitangan kedutaan asing;
    b) Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan , badan atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah; atau
    c) Anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia.
    d) Bagi murid-murid ini, sebelum diterima masuk ke sekolah hendaklah
    e) Memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
    f) Membayar yuran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan;
    g) Mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan.
  • Dokumen-dokumen lain yang diperlukan jika ibu bapa murid bekerja di negara ini adalah salinan pas pengajian, pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan berserta surat beranak , kad pengenalan dan pasport murid , ibu bapa.
  • Borang-borang boleh diperolehi di sekolah-sekolah berhampiran atau Jabatan Pendidikan Negeri
 Pertukaran Sekolah
  • Guru besar atau pengetua boleh mendaftarkan murid yang adalah warganegara yang permohonannya untuk bertukar sekolah telah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri dalam borang yang disediakan.
  • Bagi seseorang murid bukan warganegara yang berhasrat untuk bertukar sekolah , dia hendaklah membuat suatu permohonan baru bagi kemasukan ke sekolah yang dipohon. Permohonan ini hendaklah dibuat dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dengan syarat-syarat berikut
    a) Pemohon telah menjelaskan yuran kepada Kerajaan Malaysia,
    b) Pas pelajar baru telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen; dan
    c) Ada kekosongan tempat di sekolah baru yang dipohon

 

Pertukaran Murid
Bil
Program
Prosedur
1.Penerimaan Masuk Murid Warganegara ke Sekolah
  • Jabatan Pendidikan Negeri akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua sekolah rendah mengarahkan supaya Guru Besar memberi tahu ibu bapa / penjaga bahawa pendaftaran kanak-kanak yang lahir pada tahun tertentu seperti :1994, 1995, 1996, 1997 untuk masuk sekolah Tahun 1 pada 2001, 2002, 2003, 2004 dibuka pada 1 April hingga hingga 30 April 2000.
  • Tarikh pendaftaran adalah tertakluk kepada kesesuaian Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
  • Pemakluman ini akan dibuat melalui surat pekeliling yang diedarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga atau notis-notis/poster/kain rentang di tempat-tempat yang strategik.
  • Ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan borang pendaftaran masuk sekolah daripada sekolah-sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal. Perkara-perkara berikut hendaklah dikemukakan semasa membuat pendaftaran penerimaan masuk murid ke sekolah

 

2.Pendaftaran Penerimaan Masuk ke Sekolah
  • Ibu bapa hendaklah mengemukakan perkara-perkara berikut semasa pendaftaran penerimaan masuk ke sekolah
    a) Surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah
    b) Surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah, jika murid itu belum memiliki kad pengenalan
  • Bagi ibu bapa / penjaga murid ( terutama di Wilayah Persekutuan ) juga diminta membawa bukti alamat tempat tinggal seperti bil eletrik/telefon/air
  • Borang-borang boleh diperolehi di sekolah-sekolah berhampiran atau Jabatan Pendidikan Negeri
  • Rayuan Semula Pendaftaran
    • Semua ibubapa/penjaga yang mendaftarkan anak-anak mereka akan diminta membuat pengesahan pendaftaran. Surat pekeliling kepada ibubapa/penjaga akan diedarkan oleh Guru Besar. Borang rayuan peruntukan semula sekolah boleh didapatkan di Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah ia didaftarkan
3.Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara ke Sekolah
  • Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke sekolah:
    a) Anak kakitangan kedutaan asing;
    b) Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan , badan atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah; atau
    c) Anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia.
    d) Bagi murid-murid ini, sebelum diterima masuk ke sekolah hendaklah
    e) Memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
    f) Membayar yuran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan;
    g) Mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan.
  • Dokumen-dokumen lain yang diperlukan jika ibu bapa murid bekerja di negara ini adalah salinan pas pengajian, pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan berserta surat beranak , kad pengenalan dan pasport murid , ibu bapa.
  • Borang-borang boleh diperolehi di sekolah-sekolah berhampiran atau Jabatan Pendidikan Negeri
4.Pertukaran Sekolah
  • Guru besar atau pengetua boleh mendaftarkan murid yang adalah warganegara yang permohonannya untuk bertukar sekolah telah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri dalam borang yang disediakan.
  • Bagi seseorang murid bukan warganegara yang berhasrat untuk bertukar sekolah , dia hendaklah membuat suatu permohonan baru bagi kemasukan ke sekolah yang dipohon
  • Permohonan ini hendaklah dibuat dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dengan syarat-syarat berikut:
    a) Pemohon telah menjelaskan yuran kepada Kerajaan Malaysia,
    b) Pas pelajar baru telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen; dan
    c) Ada kekosongan tempat di sekolah baru yang dipohon

 

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."

Last Updated on Monday, 11 August 2008 20:40