Kepada semua Guru Besar sekolah rendah daerah Kuala Langat, sila buat pengesahan e-G Tukar. Harap maklum.
-Unit Sekolah Rendah
SISTEM LANTIKAN PETUGAS (SLAP) 2010
Semua guru data dikehendaki mengisi data SLAP menggunakan perisian 2008 yang dibekalkan dan menghantar borang-borang yang lengkap beserta disket ke Unit Penilaian dan Peperiksaan sebelum atau pada 17 Mac 2010.
(UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN)
PPDKL KINI DI FACEBOOK
SearchPejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk maklumat lanjut. Komen, idea serta cadangan anda amat kami hargai.
UPGRADE VERSION
Adalah dimaklumkan, Admin Portal akan melakukan Upgrade version Joomla daripada 1.0.x kepada 1.5.x, Pihak admin akan menutup website sekolah yang terlibat secara berperingkat. Webmaster diminta menghubungi En. Madzani (0196142580) untuk sebarang pertanyaan.
Menyelaras dan melaksanakan program-program kepimpinan murid sekolah rendah dan menengah peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.
Menyelaras pelaksanaan program kerjaya yang meliputi pertandingan, seminar, lawatan, ceramah dan pameran.
Menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Maju Diri (PMD).
Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti sepanjang tahun.
PENGURUSAN RAYUAN BERSEKOLAH SEMULA
Menentukan tarikh temujanji dengan murid dan ibu bapa/ penjaga untuk sesi rayuan.
Menyemak dan merekod Surat Buang Sekolah dan Surat Rayuan Bersekolah Semula murid.
Mengadakan sesi temu bual bersama pelajar dan ibu bapa / penjaga.
Menyediakan laporan sesi temu bual dan memanjangkannya kepada pendaftar sekolah di JPN Selangor.
Menerima dan memanjangkan surat kelulusan bersekolah semula kepada pemohon dan sekolah berkaitan.
Melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Kemanusiaan dari semasa ke semasa