| Pengenalan |
|
|
|
| Written by ppdsaiful | |||||
| Monday, 22 September 2008 23:47 | |||||
|
TUAN HAJI ABDUL TALIB BIN HAMID
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Jawatankuasa Portal Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat ( PPDKL ) yang telah berjaya membina dan membuat penambahbaikan terhadap laman web rasmi ini.
Laman web merupakan wahana yang ampuh yang dapat digunakan untuk memperoleh pelbagai informasi. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar warga pendidik khususnya di daerah Kuala Langat dapat memanfaatkan apa-apa jua maklumat yang berkaitan bagi meningkatkan lagi pengetahuan demi memantapkan Pengajaran & Pembelajaran di sekolah masing-masing.
Selanjutnya, penggunaan e-mel yang meyeluruh dalam kalangan warga pendidik amat bersesuaian. Hal ini demikian, akan menjimatkan masa, kos dan tenaga warga pendidik. Sewajarnya setiap warga pendidik mempunyai akaun emell yang aktif.
Akhir kata, saya mendoakan agar laman web rasmi PPD Kuala Langat akan terus menongkah arus dunia maya yang tiada sempadan. Sekiranya kita tidak seiring dengan arus kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, kita akan terus ketinggalan dan ditinggalkan.
Salam hormat,
( TUAN HAJI ABDUL TALIB BIN HAMID ) Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
Comments (0)
Powered by !JoomlaComment 4.0 beta1
!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."
|
|||||
| Last Updated on Friday, 12 March 2010 08:54 |









































































