Makluman Terkini

MAKLUMAN TERKINI Pengesahan e-G TUKAR

Kepada semua Guru Besar sekolah rendah daerah Kuala Langat, sila buat pengesahan e-G Tukar. 
Harap maklum.

-Unit Sekolah Rendah

SISTEM LANTIKAN PETUGAS (SLAP) 2010

Semua guru data dikehendaki mengisi data SLAP menggunakan perisian 2008 yang dibekalkan dan menghantar borang-borang yang lengkap beserta disket ke Unit Penilaian dan Peperiksaan sebelum atau pada 17 Mac 2010.

(UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN)

PPDKL KINI DI FACEBOOK

Search Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk maklumat lanjut. Komen, idea serta cadangan anda amat kami hargai.

UPGRADE VERSION

Adalah dimaklumkan, Admin Portal akan
melakukan Upgrade version Joomla daripada
1.0.x kepada 1.5.x, Pihak admin akan menutup
website sekolah yang terlibat secara
berperingkat. Webmaster diminta
menghubungi En. Madzani (0196142580)
untuk sebarang pertanyaan.

Ruang Daftar



 

Selamat Tahun Baru Cina 2010

Berita PPDKL

 

Perguruan

Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010

Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010

Sekolah

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2010 Ambilan Kedua

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2010 Ambilan Kedua

Perguruan

Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010

Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010

 
 

Prauniversiti

Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Bantuan Kewangan

Permohonan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

Permohonan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

Sekolah

Semakan Tawaran Ke Sekolah Menengah Vokasional / Teknik Tahun 2010

Semakan Tawaran Ke Sekolah Menengah

 
PPD Kuala Langat
MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KUALA LANGAT 2010/1431H PDF Print E-mail
Written by Zainal   
Thursday, 02 September 2010 09:29


Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran 2010


 SMK BANDAR BANTING,  2 September 2010 - Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah (PEKDIS) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat mengadakan Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Guru-Guru Pendidkan Islam Daerah Kuala Langat 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431 Hijrah. Program ini merupakan aktiviti tahunan sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Antara objektif utama program ini adalah memuliakan dan membudayakan cara hidup mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Pemilihan sekolah ini sebagai lokasi program yang terletak di tengah Pekan Banting. Antara pengisian yang diadakan sepanjang program ini antaranya ialah tadarus berkumpulan, khatam Al-Quran dan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Salehuddin bin Shafie. Perasmian penutupan disempurnakan oleh En. Mohammad Yusri bin Dahrumi, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Pengurusan Akademik ) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.

 

 

 

Last Updated on Friday, 03 September 2010 09:18
 
KURSUS INTEGRITI / AUDIT NILAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT PDF Print E-mail
Written by ppdsaiful   
Friday, 23 July 2010 00:00

GENTING HIGHLAND 29-31 Julai 2010: Kursus Integriti / Audit Nilai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, disertai oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Kursus yang dijalankan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan tahap kesedaran serta kefahaman mengenai Pelan Integriti Nasional (PIN), meningkatkan motivasi dan komitmen serta memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan.

Diharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat dan menjadi satu percambahan ilmu kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Last Updated on Wednesday, 25 August 2010 15:54
 
Kursus Pemantapan Pengurusan Kurikulum Untuk Penolong Kanan Sekolah Daerah Kuala Langat PDF Print E-mail
Written by Wan Mohamad Fuzaini Abd Jani   
Monday, 28 June 2010 12:44

 

Kursus Pemantapan Pengurusan Kurikulum

PORT DICKSON 21-23 Jun 2010: Kursus Pemantapan Pengurusan Kurikulum Untuk Penolong Kanan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Langat telah diadakan di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort. Kursus ini disertai oleh barisan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah daerah Kuala Langat.

Diharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat dan memantapkan pentadbiran sekolah-sekolah di daerah Kuala Langat.

 
KURSUS PENGURUSAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT PDF Print E-mail
Written by ppdsaiful   
Monday, 28 June 2010 09:31

PANGKOR 21-23 Jun 2010: Kursus Pengurusan Sekolah Berprestasi Tinggi Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat telah diadakan di Purnama Beach Resort. Kursus ini disertai oleh barisan pengetua dan guru besar sekolah-sekolah daerah Kuala Langat.

Kurus yang dijalankan adalah untuk memberikan kefahaman dan melicinkan pentadbiran yang melibatkan aspek pengurusan sekolah. Di antaranya adalah tentang keperluan NKRA’s, SIP, Taklimat Pembangunan, Sistem e-Gtukar dan lain-lain lagi.

Diharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat dan memantapkan pentadbiran sekolah-sekolah di daerah Kuala Langat.

 

Last Updated on Monday, 28 June 2010 10:54
 
PROGRAM TAKLIMAT BERSAMA GURU-GURU BAHARU SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA LANGAT 2009/2010 PDF Print E-mail
Written by ppdsaiful   
Monday, 17 May 2010 09:30

SUNGAI MANGGIS 22 Mei 2010: Program Taklimat Bersama Guru-Guru Baharu Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Langat 2009/2010 telah diadakan pada jam 8.00 PAGI bertempat di Dewan Besar Al-Ghazali SAM Tinggi Tengku Ampuan Rahimah. Taklimat ini melibatkan 241 guru-guru lantikan baharu sekolah-sekolah daerah Kuala Langat.

Antara intipati taklimat dijalankan adalah untuk memberikan kefahaman tentang perkara berkaitan perkhidmatan seseorang guru oleh Unit Perkhidmatan, perkara berkaitan Unit Pengurusan Sekolah dan Taklimat Kesatuan Guru. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Adalah diharapkan pertemuan empat mata pegawai pelajaran daerah dan guru-guru lantikan baharu sekolah-sekolah daerah Kuala Langat akan dapat menyuntik semangat dan iltizam yang tinggi kepada guru-guru baharu untuk mendidik dan membimbing anak didik bangsa kearah kecemerlangan pendidikan dan sahsiah.

 

Last Updated on Wednesday, 25 August 2010 15:56
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2